Thursday, August 20, 2009

FALSAFAH PERUBATAN ELEKTRONIK

Falsafah Perubatan Elektronik

Konsep dan Pemahaman

‘THE source of energy is absolute’.

Inilah kebenaran Hukum Keabadian Tenaga yang mengatakan tenaga tidak boleh diciptakan dan dimusnahkan tetapi boleh berubah dari suatu bentuk ke bentuk yang lain.Ini menunjukkan tenaga berkait rapat dengan asas kejadian yang yang tidak menyerupai sesuatu.Pernah di hujahkan asal kejadian tenaga itu daripada ‘Big Bang Theory’. Akan tetapi banyak persoalan yang boleh ditimbulkan hasil teori ini seperti:

Siapa yang memulakan ‘Big Bang Theory’ itu?
Di mana ianya berlaku?
Bila ia berlaku?
Mengapa ia berlaku?
Bagaimana ia berlaku?

Semakin mereka mencari semakin kusut persoalan tentang asal kewujudan itu.Ahli fizik barat menghuraikan tentang kewujudan dengan pelbagai dalil dan fakta,sepeti orang buta yang mengenal gajah. Masing-masing menghuraikan tentang gajah dari perpektif mereka yang berbeza-beza.Mereka benar dari sudut satu kajian mereka, tapi tidak secara keseluruhannya. Konsep inilah yang cuba dihuraikan oleh perubatan elektronik agar manusia tidak terkeliru dengan asal kejadian atau asal kewujudan. Tenaga asal 'Original Force’ menjadikan diri-Nya(charge) sendiri dalam kewujudan angka ‘0’ kerana daripada kosonglah terjadi segala sesuatu yang bernama,berupa,berbentuk. Persoalannya,adakah benar kosong itu tiada?Dalam fizik ‘0’ adalah vakum,tetapi dalam vakum itu sendiri ada nilai pada ruang dan masa (space time). Di dalam ‘ruang’ dan ‘masa’ itu terletaknya ‘constant’ kewujudan. Permulaan segala sesuatu juga di panggil ‘NM’(Nur Muhammad). Seperti yang kita sedia maklum bahawa tiada apa yang wujud dan kekal melainkan Tuhan (Nothing that exist except God). Jika kita katakan kewujudan asal adalah dari suatu tenaga, ini bermakna tuhan itu sifatnya bertenaga iaitu berkuasa.
Ungkapan "Nothing that exist except God” boleh disamakan ertikan “Nothing that exist except energy”dan kita ketahui bahawa setiap yang wujud ini wujudnya tenaga(charge). Dalam fahaman Taoisme mereka mengatakan ‘Everyhing start from nothingness’ (segala sesuatu bermula dari tiada), tidak hitam tidak putih, tidak terang tidak gelap seperti yang ditunjukkan didalam symbol hitam putihnya. Nilai-nilai samada warna atau simbol terang gelap pada simbol hanyalah bandingan bahawa semua harus kembali kepada nilai keseimbangan. Dalam ‘The Law of Natural’ menyatakan bahawa setiap yang bermula pasti akan berakhir, benda yang tumbuh akan mengalami proses penuaan dan akhirnya rosak dan mati, melalui proses ekologi dan berputar mengikut kitaran kehidupan kerana wujudnya hukum gravity (semua tertarik pada hukum gravity)

Kelahiran Perubatan Elektronik merupakan kesinambungan terhadap kajian ilmu sains fizik yang terbukti mempunyai hubungan secara langsung dengan kehidupan alam semulajadi. Fizik adalah pengajian terhadap peraturan dan fenomena alam semulajadi. Oleh kerana manusia merupakan sebahagian daripada kompenan alam ini, maka suadah pasti aplikasi sains fizik kepada dunia perubatan dapat memberi kebaikan kepada kesihatan manusia.


Untuk memahami falsafah perubatan ini,perlu di ketahui konsep dan pemahamannya.Apabila di katakan tentang penyakit dan penawarnya,perlu diketahui tentang 'kadar'/rate sakit/ketidakseimbangan sesuatu penyakit yang perlu di kira atau di cari menggunakan konsep ukuran. Jadi apabila dibincang tentang ukuran tentulah dikaitkan dengan matematik dan fizik. Bukan biologi dan kimia semata-mata. Malangnya semua tumpuan tentang penyakit di kaitkan dengan unsur patologi seperti kehadiran bilangan virus,kuman dan bacteria saja tanpa di ukur kekuatan tenaga unsur patologi tersebut sehingga saintis mulai binggung tentang kehadiran penyakit-penyakit baru dari kajian perubatan yang meraka lakukan.

Secara asasnya, segala sesuatu di dunia ini 'bergetar secara dinamik'. Setiap benda mempunyai fundamental ray/FR/biofield/IDF(inner data field)/morphogenetic field yang mengandungi semua maklumat seseorang atau sistem yang dapat dikesan mengunakan pendulum,stick detector,dowsing rod atau tenaga dalaman seseorang. Getaran ini di pancarkan dari dalam tubuh ke arah keluar dan membentuk beberapa lapisan medan atau gelong di sekeliling jasad. Getaran sesuatu objek atau benda di panggil ‘simple harmonic motion’, setiap yang mempunyai ‘simple harmonic motion’ mempunyai jarak gelombang(frekuensi) dan kelajuannya yang boleh diukur dan dikira.
Jarak lapisan gelong antara 1mm hingga beberapa meter dari jasad.Tiada had jarak pada gelong yang paling luar/x dimensi
Setiap gelong mengandungi maklumat mewakili organ atau bahagian tubuh tertentu ..FR adalah hubungan radiasi antara spesimen(DNA) dengan Tuannya(pesakit).Keseluruhan patern radiasi yang dipunyai seseorang juga didapati pada setiap organ atau setiap sel orang tersebut.DNA @ FR pesakit sangat penting bagi melakukan diagnosis pada semua aras fizikal,mental/aura dan spiritual. RATE ( CODE/ KOD)Suhu bagi tubuh manusia yang sihat adalah 37 'C. Nilai ini adalah tetap,kenapa? Ini kerana ia menunjukkan kandungan tenaga dalam tubuh.

RATE/CODE adalah kombinasi nombor-nombor yang mewakili IDF / FR / BIO FIELD/ BIOCOSMIC ENERGY (ISTILAH YANG DIGUNAKAN OLEH PARA PENGKAJI) dalam satu sistem benda hidup atau yang bukan hidup.
Bagi benda-benda hidup, Rate adalah tenaga yang di pancarkan dalm bentuk patern atau gelombang tertentu. Ia mengandungi patern organomorphic,mental dan spiritual. Rate yang asas bagi setiap tisu atau organ yang normal mempunyai tenaga yang tetap,tenaga ini akan bertambah atau berkurang jika ia berfungsi dengan baik atau tidak sihat .

JENIS RATE

1. SINGLE/NORMAL RATE-SISTEM-ORGAN-TISU-SEL-MICROORGANISMA-REMEDIES(BAHAN UBAT)-DISEASE(PENYAKIT)

2.LOCATION RATE-MERUJUK KEPADA ORGAN ATAU SISTEM DALAM TUBUH

3.COMBINATION RATE-GABUNGAN ANTARA NORMAL RATE DENGAN RATE LOKASI.
RATE PENYAKIT MESTI DILETAKKAN DISEBELAH KANAN DAN DIIKUTI DENGAN RATE LOKASI. CONTOH: PAIN(SAKIT) 70 DAN KIDNEY (BUAH PINGGANG) RH38 COMBINATION RATE BAGI KIDNEY PAIN IALAH 3870(KOD)LEG(KAKI) 8411 VECROSIS VEIN 2034COMBINATION RATE IALAH 841120344.

4.PGR(PERSONAL GENERAL RATE)-RATE(PERSONAL CODE) SESEORANG PADA ARAS PERTAMA YANG DIPEROLEHI.

5.PGRM(PERSONAL MENTAL RATE)-RATE UMUM SESEORANG PADA ARAS KE 3 YANG DI PEROLEHI.

6.COMPENSATION RATE(MENGGANTI/MENSEIMBANGKAN)- cR-RATE YANG DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT ATAU MEMBUAT BALANCING TENAGA BAGI SETIAP PENYAKIT ATAU ORGAN/SISTEM YANG DIPEROLEHI DENGAN MENGENAPKAN KEPADA 10 BAGI SETIAP DIGIT RATE/KOD NORMAL BAGI SISTEM ATAU PENYAKIT CONTOH; SAKIT DEMAM MEMPUNYAI RATE 409 cR BAGI DEMAM IALAH 6101.

OLEH SEBAB ITU,SETIAP SESUATU MENGHASILKAN KOD-KOD GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK ATAU RATE(KADAR). CONTOHNYA KITA LIHAT GUNUNG-GANANG SEPERTI TIDAK BERGERAK, TETAPI IA BERGERAK DAN BERGETAR,
INI DI PERKUATKAN LAGI DENGAN AYAT AL-QURAN YANG BERMAKSUD:

'Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan'. Surah an-Naml;88.

DITAMBAH LAGI DENGAN KONSEP KEJADIAN MANUSIA ITU SENDIRI YANG TERJADI DARI KEMBARAN UNSUR GELOMBANG ROH DAN JASAD, TANPA GELOMBANG ROH JASAD HANYA TERBUJUR KAKU. KENYATAAN INI DI PERKUATKAN DENGAN PENGERTIAN AYAT AL-QURAN INI

..“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui”. Surah Yaasin: 36.

Sekalipun konsep ‘berpasang-pasangan’ secara umumnya difahami untuk lelaki dan wanita, kenyataan mengenai ‘dari benda yang tidak diketahui oleh mereka’ mempunyai implikasi yang luas. Hari ini, satu dari implikasi ayat ini telah di dedahkan. Seorang saintis berbangsa british Paul Dirac, yang mengusulkan bahawa zarah diciptakan berpasang-pasangan, telah dianugerahkan hadiah nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933. Penemuan ini dinamakan 'Parite', menyatakan bahawa setiap zarah berpasangan dengan zarah yang berlainan dengannya iaitu anti-zarah. Anti-zarah mengandungi sifat yang bertentangan dengan sesuatu zarah. Sebagai contoh, bertentangan dengan zarah, anti-zarah bagi elektron adalah bercas positif (positron) dan anti zarah bagi proton adalah bercas negatif (antiproton).

Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut; "…..setiap zarah mempunyai antizarahnya yang bertentangan cas.. dan hubungan tidak menentu memberitahu kita bahawa ciptaan berpasangan dan pemusnahan berpasangan terjadi di dalam vakum pada setiap masa dan setiap tempat".

SESUNGGUHNYA TIADA APA YANG MUSTAHIL DALAM DUNIA INI DENGAN IZIN ALLAH DAN SEMUA NYA ADALAH DI DALAM PENGETAHUANNYA.

“Mereka menjawap: Maha Suci Engkau, tiada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami: Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.AL-Baqarah: 32.

Oleh yang demikian,jelaslah tentang kaedah atau pemahaman kita tentang teknologi Tuhan ini, yang mengesahkan lagi sabda kekasih pilihan NYA Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W(selawat dan salam ke atas bagainda dan ahli keluarga nya yang suci) yang megatakan "SETIAP PENYAKIT WAJIB ADA PENAWARNYA MELAINKAN TUA DAN MATI".

APA YANG ANDA DAPAT TAHU MENGUNAKAN INTRINCSIC TEST?

PERCENTAGE (PERATUSAN %) EMOSI,FUNGSI ORGAN & PENYAKIT DAN PUNCA PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN ANDA

1.EMOSI POSITIVE & NEGATIVE

2.SKETETAL SYSTEM(SISTEM RANGKA)-TULANG (BONES)-SENDI TULANG (JOINS)- LARGE JOINT &SMALL JOINT-HEAD / Tengkorak-BREAST BONE (STERNUM) / Tulang Dada-SHOULDER BLADE (SCAPULA) / Tulang Bahu-RIBS / Tulang Rusuk-VERTEBRAE / Bahagian Tulang Belakang-ARMS / Lengan-HAND / Tangan-LEGS / Kaki-FOOT / Tapak Kaki

3.TEETH / Gigi-TEETH GENERAL / Gigi Umum-CANINE TEETH, UPPER (EYE TEETH) / Taring-DENTITION / Kegigian - 32 Susunan Gigi-GUM / Gusi-INCISOR, UPPER LEFT / Gigi Hadapan - Atas Kiri-INCISOR, UPPER RIGHT / Gigi Hadapan - Atas Kanan-INCISOR, (FRONT 4 TEETH) / 4 Gigi Hadapan-MOLARS (GRINDERS) / 3 Geraham-MOLARS, UPPER RIGHT / Geraham Atas Kanan-PREMOLARS (BICUSPID TEETH) / 2 Gigi Antara Geraham & Taring-WISDOM TOOTH / Gigi Geraham Bongsu 20th ->

4.MUSCULAR SYSTEM / Sistem Otot-MUSCULAR SYSTEM, STRUCTURE / Struktur Sistem Otot-LIGAMENT SYSTEM / Sistem Urat-MUSCLES / Otot-otot-SPHINCTER MUSCLES (MUSCULUS SPHINCTER) / Gelang Otot-TENDONS / Berkas Serat Otot-CARTILAGE / Rawan

5.RESPIRATORY ORGANS / Organ Pernafasan-PARANASAL SINUSES / Ruang Di bahagian Hidung-THROAT (PHARYNX) / Tekak-PHARYNGEAL TONSIL / Pengumpulan Tisu Limfatik bhg Belakang Hidung-VOICE BOX (LARYNX) / Peti Suara-WINDPIPE (TRACHEA) / Salur Udara-BRONCHI / Tiub Bercabang-LUNGS (PULMO) / Paru-paru: LUNG, LEFT / Paru Kiri & LUNG, RIGHT / Paru Kanan-PLEURA / Penutup Paru-paru: PLEURA, LEFT / Penutup Paru-paru Kiri &PLEURA, RIGHT / Penutup Paru-paru Kanan

6.DIGESTIVE ORGANS / Organ Penghadaman-ORAL CAVITY (CAVUM ORIS) / Bahagian Mulut-GULLET (OESOPHAGUS) / Tiub Dari Mulut Ke Perut-STOMACH (GASTER) / Perut-PANCREAS / Kelenjar Campuran Insulin & Glucose Ke Darah-SMALL INTESTINE / Usus Kecil: DUODENUM (INTESTINUM DUODENUM) / Bhg Pertama Usus KecilJEJUNUM / Bahagian Kedua Usus KecilILEUM / Bahagian Ketiga (Akhir) Usus Kecil-LARGE INTESTINE (INTESTINUM CRASSUM) - Usus Besar

7.EPIGASTRIC ORGANS / Organ Bhg. Tengah (Atas Abdomen)-PERITONEUM / Membran Serus Pd Rongga Abdomen-LIVER / Hati-GALL BLADDER / Pundi Hempedu-SPLEEN / Limpa

8.HEART AND CIRCULATORY SYSTEM / Jantung & Sistem Pengedaran Darah-BLOOD / Darah-HEART / Jantung-CARDIAC VEINS / Pembuluh Darah Kardiak-CIRCULATION - Pengedaran Darah-ARTERIES - Pembuluh Darah Yg Membawa Darah Dari Jantung-VEINS - Pembuluh Darah-VENOUS NETWORKS - Rangkaian Pembuluh Darah......

DAN LAIN-LAIN ORGAN-ORGAN UTAMA SEPERTI
URINARY DAN REPRODUCTIVE ORGAN (ORGAN KELAKIAN & KEWANITAAN)-19 ORGAN SUB & ORGAN,

GLANDULAR SYSTEM / Sistem Kelenjar-17 ORGAN & SUB ORGAN,

BRAIN (ENCEPHALON) / Otak -8 ORGAN.NERVOUS SYSTEM / Sistem Saraf - 6 ORGAN,

SENSORY ORGANS / Organ Deria- 10 ORGAN & SUB ORGAN,SKIN, HAIR AND NAILS / Kulit, Rerambut & Kuku,

LYMPHATIC SYSTEM / Sistem Limfa-9 sistem,CELLS / Sel-20 sub cells(includes chromosomes,genes ect)

No comments:

Post a Comment